Demikianlah sunnah perjuangan. Penangkapan, pembunuhan, pencabulan, fitnah dan rampasan harta benda dan kesenangan. Sesiapa yang menyangka ianya selain dari itu, ketahuilah bahawa kakinya belum menjejaki jalan dakwah yang mulia ini.
Semalam (15 April) Mahkamah Tentera Mesir menjatuhkan hukuman ke atas Khairat Syatir, Naib Kedua Mursyid Am Ikhwan Muslimin dan anggota Ikhwan yang dikenali sebagai ‘kumpulan 40′. Beliau dan 39 pimpinan dan ahli Ikhwan yang lain telah ditahan pada 12 Disember 2006 yang lepas di atas dakwaan ‘penyeludupan dan pembersihan wang (money laundering)’ dan ‘cubaan menghidupkan semula organisasi yang telah diharamkan’. Dakwaan itu sepatutnya dibicarakan di mahkamah biasa. Tetapi pihak kerajaan Mesir menukarnya ke Mahkamah Tentera pada 6 Februari 2007 dan mereka tidak dibenarkan untuk diikat jamin.
Selepas beberapa siri perbicaraan dan siri-siri penangguhan perbicaraan, akhirnya semalam Mahkamah menjatuhkan hukumannya yang zalim ke atas manusia-manusia terbaik Mesir.
Hukuman yang dijatuhkan:
10 tahun penjara kepada lima orang anggota Ikhwan:
- Ir. Yusof Nada (ahli perniagaan)
- Ir. Ali Hammat (engineer)
- Fathi Ahmad al-Khuli (pendakwah)
- Ibrahim Farouq az-Zayyat (ahli perniagaan)
- Dr. Taufiq al-Waie (pendakwah)
7 tahun penjara kepada dua orang anggota Ikhwan:
- Ir. Khairat as-Syatir (Naib Kedua Ikhwan)
- Hasan Malik (ahli perniagaan)
5 tahun penjara kepada lima orang anggota Ikhwan:
- As’ad asy-Syaikhah (engineer)
- Ir. Ahmad Syusyah (engineer)
- Ir. Ahmad Asyraf (Pengarah Urusan, Dar Nasy wa Tauzi’ - syarikat penerbitan utama buku-buku Ikhwan)
- Sodiq Syarqawi (akauntan)
- Dr. Ahamad Muhammad Abd. Ati (pharmacist)
3 tahun penjara kepada 13 orang anggota Ikhwan:
- Dr. Muhammad Ali Bisr (anggota Maktab Irsyad)
- Said Ma’ruf (Pengurus gedung perniagaan Omar Affendi)
- Ir. Mamduh al-Husaini (Engineer)
- Dr. Farid Jalbat (Profesor di Univ al-Azhar)
- Dr. Diya’ ad-Din Farhat (ahli perniagaan)
- Dr. Solah ad-Dasuki (pensyarah di Kuliah Perubatan al-Azhar)
- Fathi Muhammad Baghdadi (pengetua sekolah)
- Ir. Aiman Abd Ghani (engineer)
- Dr. Isom Abd Muhsin (pensyarah di Kuliah Perubatan al-Azhar)
- Dr. Mahmud Abu Zaid (pensyarah di Kuliah Perubatan Cairo University)
- Mustafa Salim (akauntan)
- Dr. Isom Hasyisy (pensyarah di Kuliah Kejuruteraan Cairo University)
- Ir. Midhat al-Haddad (ahli perniagaan)
15 orang anggota Ikhwan yang dibebaskan:
- Dr. Khalid Audah (Profesor di Universiti Asyut)
- Ir. Said Saad Ali (engineer)
- Muhammad Mehna Hasan (akauntan)
- Dr. Muhammad Hafiz (doktor perubatan)
- Dr. Muhammad Baligh (doktor pakar mata)
- Ir. Mahmud al-Mursi (engineer)
- Ahmad Izzuddin (wartawan)
- Jamal Sya’ban (akauntan)
- Yasir Abduh (akauntan)
- Mahmud Abdul Latif Abdul Jawad (ahli perniagaan)
- Ir. Usamah Syarbi (pengarah urusan sebuah syarikat pelancongan)
- Dr. Amir Bassam (pensyarah di Kuliah Perubatan al-Azhar)
- Dr. Abdul Rahman Saudi (ahli perniagaan)
- Ir. Ahmad an-Nuhas (engineer)
- Hasan Zalath (ahli perniagaan)
Mahkamah menggugurkan tuduhan ‘penyeludupan dan pembersihan wang (money laundering)’. Walau pun begitu mahkamah menyita saham Ir. Khairat Syatir dan Hasan Malik di syarikat Malik dan syarikat Rawaj, saham Hasan Malik di syarikat al-Anwar, saham Ir. Khairat Syatir dan Ahmad Abd Ait di syarikat al-Hayah dan saham Ahmad Asyraf di syarikat Dar at-Tauzi’ wa an-Nasyr.
Surat terbuka buat tahanan : khairat as-SyatirDan Sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.”
(Ibrahim: ...46)
Sila lihat juga artikel berkaitan
Courtesy Ustaz Muhammad Fauzi
No comments:
Post a Comment